Monday, January 23, 2012

Maaf lama tak update

Photo terbaik sepanjang zaman - Komen tertinggi di FB kita
Mohon ampun dan maaf, terkadang terleka ... leka dan leka yang akhirnya aku terlupa untuk update weblog ini. Ini lah kelemahan yang patut ku atasi pada masa-masa akan datang.

Walau apa pun setakat ini walau pun tidak begitu rancak FB Anak Watan Parit 4 masih ON .... ianya bergantung kepada isu yang dipaparkan.

Wajah jalan Parit 4 sudah berubah jika anda kali terakhir pulang pada Hari Raya Eidul Fitri pada tahun 2011 yang lalu.

Sekali pandang melalui gambar memang hebat seumpama highway yang tidak pernah kita jangka akan memperolehi sepanjang kita tinggak dikampung tempuh hari.

Lurus dan sayup mata memandang ... itulah keadaan jalan masuk ke Parit 4/6L.
Berita lanjut dan komen-komen menarik dari rakan-rakan kampung anda semua boleh layan kat FB kita.

Sesiapa yang ada balik kampun atau berada dikampung bolehlah up-date situasi semasa dikampung kita melalui ruang komen di blog ini untuk perkongsian bersama.

Saya fikir dengan 10 pengikut dan lebih 4000 pelayar blog ini, ianya patut di update selalu dan saya pun telah berikan password untuk update blog ini kepada presiden kita.
Sahabat yg kemalangan hujung tahun lepas - tlg update berita terkini tentangnya.
Cara mudah untuk berkomunakasi melalui ruang ini ialah antaranya kawan-kawan semua melalui ruangan komen boleh menceritakan apa-apa cerita menarik untuk perkongsian bersama.

Selamat bertemua lagi, Selamat Tahun Baru 2012 (OK lah tak lambat sangat lagi) dan selamat Menyambut Maulidur Rasul SAW).

Sedikit perkongsian : aku meninggal kan kampung pada hujung tahun 1980,
Kini ada 4 anak 2 lelaki & 2 perempuan .. yang sulung no 2 dari kiri Firdaus
25 tahun - sudah bekerja no 2 kiri sakali Farid 23 tahun - sudah bekerja, no
3 Nurnabilah (tiada dlm gambar) masa kami pergi ke Cameron Highland tu dia
tengah exam 20 tahun & yang ke 4 Nurnadhirah Aqilah - 12 tahun
Kita jumpa lagi...... razifpas@gmail.com @ 012-2578204

1 comment:

Komen sikit sebagai Anonymous pun jadi lah, bagi yang tak reti caranya senang ja, klik kat 'v' yg dalam kotak sebelah kanan 'Select profile' lepas tu klick kat 'Name/URL' lepas tu isi la nama anda, URL tu tak isi pun takpa,lepas tu klik kat 'Continue' ... ikut cakap apa dia hendak ... post comments.