Tuesday, November 16, 2010

Parit 4, dulu, kini & selamanya

Saya tak tau orang lain tapi gambar-gambar yang dipublish ini benar-benar menggamit memory kita semua, jangan lupa untuk pulang kekampong halaman tempat tumpah darah kita sekali pun ibu dan ayah telah meninggalkan kita. Anggaplah setiap warga emas ibu dan ayah rakan-rakan kita adalah ibu dan ayah kita juga.

Terima kasih kepada idun & angit atas kerjasama berterusan anda menjayakan weblog ini, yang lain jangan sepi tanpa berita.
Jalan masuk kekampung kita sekrang Nov 2010, dulu macam mana ye?



Sawah ni terbentang luas, dulu masa kita kecil kalau ada air macam ni ramai orang pergi memancing ikan puyu buat lauk masak lemak asam belimbing, sayur kutip kangkung kat batas dan parit.

Biasalah wak ni, petang aje kekedai kopi lah dia.

Saidan, kau bincang dengan ketua kampung jumpa YB mintak turap jalan kita tu.

Pembangunan, dewan orang ramai depan ni baru (bila ARP4 nak buat prog kat sini/), surau tu pun baru, yang asal bertangga, terima kasihlah pada Anak Rantau yang diberitakan banyak sponsor untuk surau tu. Pesan kat Samuri, buat think tank group bincang untuk imarah kan surau ni, Sebagai permulaan saya nak cadangkan agar kita anak rantau menganjurkan majlis tahlil arwah untuk semua penduduk kampung kita yang telah kembali kerahmatullah.

 Ibu Pengerusi ARP4, ziarahlah bila pulang kekampung, mungkin selama ni kita dah banyak buat silap kerana sibuk dunia, sepatutnya warga emas ini di santuni ... jangan ulangi lagi. lakukan yang terbaik buat mereka.

Al Fathihah buat Allahyarham Hj Hamdzan, bekas imam surau kita. Anda renung dan tenung matanya ... aduh benar-benar menikam kalbu dan mengembalikan seribu kenangan, Saya masih ingat beberapa tahun sebelum beliau meninggal dunia tidak pernah mis keluar dari mulutnya perkataan meminta maaf kepada semua orang kampung yang beraya dirumahnya. Alhamdulillah saya bersama setiap hari raya di P4 kecuali tahun ni.

GAMBAR 'A'

GAMBAR 'B'

GAMBAR 'C'

GAMBAR 'D'

GAMBAR 'E'

GAMBAR 'F'

Gambar-gambar lama ni admin tak tau nak ulas, sila layari Facebook Anak Rantau Parit 4 http://www.facebook.com/#!/group.php?gid=104465646282123
banyak berita dan gambar komen dari empunya diri.

14 comments:

  1. Gambar sawah padi menghijau luas terbentang mengingatkan aku zaman kecik2 dulu...semuanya indah belaka masa tu walaupun terpaksa bergelumang dengan selut dan lumpur. Tapi nak2 kita sekarang mungkin tak melalui saat2 itu. Namun demikian ianya tak bermakna kita lupa asal usul kita. Kampung kita masih tetap dihati, warga kampung kita adalah keluarga besar kita semua.

    ReplyDelete
  2. Pasal jalan tar ni aku pun bingung semacam !!Lepas turap , tak sampai setahun, projek korek parit berapit, jentera masuk , tar rosak. Turap balik,buat projek bina jln ladang pulak , jentera masuk , tar rosak lagi. Turap balik, tak sampai setahun , buat projek upgrade taliair (>rm8j) , jentera berat lalu , tar rosak lagi.
    Entah dek habuan projek atau tiada kesepakatan , aku pun kurang pasti....Yang pastinya org atas kenyang senang hati. Konon naik taraf taliair boleh menambah pendapatan petani. Bila aku soal berapa paratus.. ketua kg senyap.Aku pun bagi jawapan -100%. Dia org senyap jugak lagi.Gagal, sah projek tu gagal ...lihatlah air putus tak tentu kira.Sawah penuh rumput sebab air selalu tak ada.Bila ada air, sampai melimpah atas jln tar..itu yg tar rosak tu. Entahlah ,selagi BN lah,rasuah memanjang, sampai masjid pun guna cari habuan.Hari ni masjid lengang, tak ada korban.Pelik duit yg dikutip tu pegi mana ....... !!!!!!!!!! by Saidan

    ReplyDelete
  3. Selamat Hari Raya Aidil Adha to all members. Hari raya ni agak suram. Anak rantau tiada yg pulang. Solat tadi hanya warga kg sahaja.....mungkin cuti terlalu singkat.Di surau korban kerbau seekor oleh Mat Sani Lazim. By the way , Maaf Zahir Batin.

    ReplyDelete
  4. Saidan,

    Terima kasih atas penjelasan, sekurang-kurangnya kami tahu duduk perkara sebenar dan taklah ada yg bersungut bila balik kpg dan 1 perkara lagi jgn pulak jln xelok dijdkn alasan tak nak balik kampung.

    Bab tiada korban dimasjid tu agak tragedi sikit, sy tentu kecewa kerana selaku setiausaha sebuah surau diklang kami mampu pada tahun ini menguruskan Ibadah qurban 11 ekor lembu dan 2 ekor kambing. Kaedah terbaik ialah buat sistem kutu seperti yg kami amalkn & utk tahun depan 1432H pg td dah daftar utk 18 ekor lembu.

    By the way tahniah sbb kampung kita ada Qurban tahun ini, sy juga mengucapkn slmt hari raya haji/qurban pada kawan-kawan semua.

    Insallah Jumaat ni 12 Rabiulawal sy akan ke dhaka untuk buat qurban disana bagi mewakili munirah care (NGO) dan dah arraange dgn zamri untuk jumpa disana nanti.

    ReplyDelete
  5. Sebagai admin sy rasa amat gembira diatas kemampuan kita semua berkomunikasi dialam maya ini, masih banyak yg sonyap, tlg sound sikit, halim yaacob tak masuk-masuk apa hal

    ReplyDelete
  6. Aku pun tak sempat nak balik kg sebab di taman aku nak buat qurban dah tak cukup orng. Kenalah korbankan masa balik kg untuk kawan2 di taman ini.. Tapi cuti sekolah boleh balik

    ReplyDelete
  7. Don,

    aku dah tengok gambar yang kau publish dalam FB korban kat tmn kau tu, TAHNIAH meriah sekali.

    aku simpati sgt dengan member-member kat kpg kita tu dah sikit, payah pulak nak bersama, tp itulah tradisinya dari dulu, kita sebagai 2nd generation ni kenalah berubah demi masa depan kita bersama. seekor kerbau yg sdr sani lazim korbankan tu dah cukup baik.

    mampukah ARP4 'Menerajui Perubahan Ini'?????

    ReplyDelete
  8. ASSALAMUALAIKUM SEMUA... aku ni lembab sikit pasal internet ni. Ni baru jumpa blog ni. Aku pun trkezut jadi AJK. Apapun terima kasih atas segalanya. Kalau korang rindu kat kampung, akupun rindu juga kat korang... Samuri

    ReplyDelete
  9. Assalam....
    Masih di awal Syawal..Jadi masa perayaan mcm nilah ramai yg balik kampung. Di mana-manapun.Pada mulanya meninggalkan kampung memang terasa jauh di perantauan dan cukup berkelana. Maklum pemergian tanpa ada kepastian yg menanti. Sekadar bebekalkan harapan, selain pasrah bergantung nasib.Bebeza mereka yg pergi ke sesuatu distinasi dengan hal yg telah dijanjikan, sambung mengaji atau mendapat kerja tetap. Apapun hijrah ini dengan niat. Susah dan keperitan masa lalu di kampung menjadi pengalaman dan kekuatan yang membakar semangat melawan hambatan perjuangan. Alhamdullillah apa yg terpendam telah dalam gengaman. Adanya dan apa saja perjalanan hidup ini terus berjiwa marhain, agar kita bisa melihat dan menilai erti kehidupan. Takat ini dulu... antara kegemaran ku melihat keindahan alam di kampung, lebih2 lagi suasana senja yg mengasyikkan..SAJAK KU...LEMBAYUNG SENJA

    Lembayung senja
    Adalah warna emas kemilau
    menghiasi figura langit
    yang memisahkan siang bakal menjadi malam
    saat menatapnya maka kita menjadi teringat
    betapa ia adalah status masa yang sedang berlalu
    semoga di sini hadir muhasabah diri
    lalu lembayung senja adalah peringatan

    Lewat batas-batas waktu
    senja yang tiba
    buat kita berdoa dan mengharap
    agar terus diberkati
    hari-hari yang mendatang…..
    zs.alrawang @ Wak Jeni
    4.9.2011 (15.23)

    ReplyDelete
    Replies
    1. best ;;... ayat-ayat yg digunakan begitu power

      Delete
  10. Oh Lupa, gambar aku tu.... at my back side... simbul yg warna biru tu ... x cantik le... elok hilangkan... wak Jeni

    ReplyDelete
    Replies
    1. OK tu, tak de masaalah ... kenangan masa lalu ...

      Delete
  11. org R xder yg respond ker...

    ReplyDelete

Komen sikit sebagai Anonymous pun jadi lah, bagi yang tak reti caranya senang ja, klik kat 'v' yg dalam kotak sebelah kanan 'Select profile' lepas tu klick kat 'Name/URL' lepas tu isi la nama anda, URL tu tak isi pun takpa,lepas tu klik kat 'Continue' ... ikut cakap apa dia hendak ... post comments.