Wednesday, August 17, 2011

Kertas Cadangan Punubuhan OP4

KERTAS CADANGAN PENUBUHAN

ORANG PARIT 4 (OP4)

Pendahuluan

Orang Parit 4 kini telah bertaburan di seluruh Malaysia. Generasi pertama yang masih hidup dan kelihatan mungkin tinggal seorang dua sahaja. Manakala yang lain yang masih tinggal dikampung ini ialah generasi kedua dan seterusnya.

Bagi mencari rezeki untuk meneruskan kehidupan dan tanggung jawab kerja & keluarga sebahagian besar dari OP4 telah berhijrah kebandar dan sebagainya,

Kini Parit 4 amat sepi berbanding pada tahun 1970 & 1980an dulu. Banyak rumah asal telah tiada atau terpaksa diruntuhkan kerana tidak berpenghuni. OP4 kini sukar untuk pulang ke P4 kerana tiada tujuan dan sambutan keatas mereka hampir tiada.

Mereka kini menjadi orang asing dikampung tanah tumpah darah sendiri.

Kira-kira setahun yang lalu Cikgu Hamidun (Midon), Saidan (Angit), Mohd Zamri (Anja), Halim Yaakob (Nandung), Cikgu Samuri (Muri), Khairul Anuar (Musad) & Razif (Teo) atas inisiatif bersama kami telah Berjaya menubuhkan Group ‘Anak Rantau Parit 4’

Kami juga telah mempunyai akaun Facebook ‘Anak Rantau Parit 4’ dan weblog http://anakrantauparit4.blogspot.com/

Ada beberapa kejayaan yang telah kami tempa sepanjang kami berkomunikasi dialam maya selama lebih setahun itu.

Terbaru pada 6 Ramadahan 1432H @ 6hb Ogos 2011 yang lalu – tanpa diduga ARP4 berjaya menganjurkan majlis berbuka puasa bersama seluruh penduduk kampong P4 (muslimin, muslimat, anak-anak muda & kanak-kanak)

Sebagai ARP4 kami sangat berbangga dan berbesar hati bila tanpa diduga ramai ARP4 yang pulang terutama Sdr Zul & Adiknya Sdr Badrul (anak arwah Mak Dak Repah) yg telah tidak pulang semenjak tahun 1978 ke P4. Suasana amat pilu dan mengembirakan menyelubungi semua yang hadir.

Selepas bermesyuarat kami berbincang untuk membesarkan keahlian ARP4 dan tidak tertumpu kepada anak kampung yang keluar merantau sahaja maka kami menukarnya kepada ORANG PARIT 4 @ OP4.

1. Objektif Penubuhan

1.1   Bagi mengumpul dan menyatukan seluruh OP4 yang kini sudah bertaburan dibumi Malaysia tercinta ini.
1.2   Menganjurkan majlis-majlis tertentu supaya ukhwah & silaturahim terus terjalin diantara seluruh OP4.

2. Nama Kesatuan

ORANG PARIT 4 @ OP4 (Sebelum ini dikenali sebagai ARP4 dan AWP4)

3. Alamat dan pejabat operasi

Surau Parit 4/6L
Chenderong Balai
36600 Teluk Intan, Perak.

4. Keahlian

Terbuka kepada semua OP4 yang telah berkeluarga semua peringkat umur yang terdiri daripada

4.1               OP4 yang tinggal di kampung P4.
4.2               Anak serta menantu OP4 yang telah merantau keluar dari P4
4.3               Semua yang dilahirkan dan pernah tinggal di P4
4.4               Mengisi borang keahlian yang mengandungi Nama Penuh, Nama Gelaran dikampung, Nama keluarga generasi pertama, No K/P, Alamat, Nama Isteri dan keluarga, No Telefon dan email (jika ada)

5. Yuran Keahlian

5.1               Bayaran RM50.00 (lima puluh ringgit) dikenakan semasa mengisi borang untuk menjadi ahli
5.2               Yuran tahunan berjumlah RM30.00 mesti dibayar kepada Bendahari secara tunai atau melalui Bank Accaunt pada atau sebelum 31 Mac setiap tahun.

6. Faedah

6.1               Dapat berhubung secara maya melalui facebook & weblog kepada semua OP4 yang tinggal dimerata tempat.
6.2          Dapat berkumpul bersama-sama pada majlis-majlis tertentu yang akan dianjurkan kelak bagi merapatkan hubungan silaturahim yang telah lama terputus.
6.3               Sama-sama membantu setakat yang termampu apa-apa keperluan yang dirasakan perlu oleh surau P4 (jika dana mencukupi)
6.4               Menerima dan menyampaikan berita secara pantas dan sangat bermaklumat.
6.5               Ziarah

7. Ahli Jawatankuasa 2011

Sedang dalam perbincangan


Nota : Borang Permohonan Menjadi Ahli boleh didapati secara online : email kepada razifpas@gmail.com dan boleh didapati melalui Sdr Hamidon, Zamri serta dikampung melalui Saidan & Samuri

Sunday, January 16, 2011

Semakin yang ramai meninggalkan kita

Al Fathihah, semakin ramai veteran Parit 4 yang kembali kerahmatullah, selang 2 hali sahaja kita dapat melihat 2 orang penting parit 4 telah kembali kerahmatullah. Terima kasih kepad CG Samuri yang memaklumkan kepada kami semua.
 

Monday, December 6, 2010

Anak Rantau di Perantauan

Maaf lama tak menulis, agak sibuk dengan aktivi NGO's dan yang satu tu lah.

Kali ini aku nak menceritakan pengalaman berada di Bangladesh ketika mengerjakan ibadah Qurban disana. Aku pergi FOC semua NGO yang tanggung.

Tiba di Dhaka jam 4.00 petang ,..... siapa sambut .... yang pertama aku nampak ialah Mejor (U) Zamri Sani, best jugak bila ada fb, kalau tidak mana mungkin aku bertemunya disana dan aku pun sebelum ni tak tahu dimana dia berada.



Berita-berita aktiviti kami disana sila klik kat sini

Seperti dijanjikan kira-kira jam 9 malam saya kerumah Sdr Zamri di kem Tentera Udara di Mirpur 12, Bangladesh, perjalanan tak jauh tapi biasalah jammed nya agak menggila sikit, nak tengor bandar ni klik kat sini Warna Warni Kehidupan di Mirpur, Dhaka.

Saya dan teman-teman termasuk Pengerusi Munirah Care disambut bukan nya didepan pintu tapi sebaliknya didepan pintu pagar, mana nak dapat kawan macam ni, punya lah baiknya.

Appartment tentera tempat brother ni duduk tak lah besar mana cuma setakat sebesar 2 padang futsal aje, mak oii ada 5 bilik beb. Kami disambut oleh isterinya Pn Azira serta anak beliau.


Duduk 5 minit, makanan atas meja dah siap ... baik isteri beliau dan pandai masak ... setelah berhari-hari makan kari Bangla akhirnya malam tersebut dapatlah kami makan dengan berseleranya masakan tomyam, paprik, dan ikan sweet sour, lepas tu belasah kueh dan buah lagi (saya ada gambar ketika makan tu ... nanti sy minta kawan sy email & posting kat sini). OK dapat gambar nya ... ni dia...






Jumpa orang kampung memang menyeronokkan ..... tapi kami terpaksa berpisah selepas 2 jam yang dirasakan kejap sangat sbb kesian dengan driver kereta sewa dan mat bangla yang mengiringi kami.

Terima kasih Zamri serta Pn Azira kerana melayan kami dengan baik.

 Kami sempat bergambar sebelum pulang
 Senior & Junior Anak Rantau Parit 4

Tuesday, November 16, 2010

Parit 4, dulu, kini & selamanya

Saya tak tau orang lain tapi gambar-gambar yang dipublish ini benar-benar menggamit memory kita semua, jangan lupa untuk pulang kekampong halaman tempat tumpah darah kita sekali pun ibu dan ayah telah meninggalkan kita. Anggaplah setiap warga emas ibu dan ayah rakan-rakan kita adalah ibu dan ayah kita juga.

Terima kasih kepada idun & angit atas kerjasama berterusan anda menjayakan weblog ini, yang lain jangan sepi tanpa berita.
Jalan masuk kekampung kita sekrang Nov 2010, dulu macam mana ye?



Sawah ni terbentang luas, dulu masa kita kecil kalau ada air macam ni ramai orang pergi memancing ikan puyu buat lauk masak lemak asam belimbing, sayur kutip kangkung kat batas dan parit.

Biasalah wak ni, petang aje kekedai kopi lah dia.

Saidan, kau bincang dengan ketua kampung jumpa YB mintak turap jalan kita tu.

Pembangunan, dewan orang ramai depan ni baru (bila ARP4 nak buat prog kat sini/), surau tu pun baru, yang asal bertangga, terima kasihlah pada Anak Rantau yang diberitakan banyak sponsor untuk surau tu. Pesan kat Samuri, buat think tank group bincang untuk imarah kan surau ni, Sebagai permulaan saya nak cadangkan agar kita anak rantau menganjurkan majlis tahlil arwah untuk semua penduduk kampung kita yang telah kembali kerahmatullah.

 Ibu Pengerusi ARP4, ziarahlah bila pulang kekampung, mungkin selama ni kita dah banyak buat silap kerana sibuk dunia, sepatutnya warga emas ini di santuni ... jangan ulangi lagi. lakukan yang terbaik buat mereka.

Al Fathihah buat Allahyarham Hj Hamdzan, bekas imam surau kita. Anda renung dan tenung matanya ... aduh benar-benar menikam kalbu dan mengembalikan seribu kenangan, Saya masih ingat beberapa tahun sebelum beliau meninggal dunia tidak pernah mis keluar dari mulutnya perkataan meminta maaf kepada semua orang kampung yang beraya dirumahnya. Alhamdulillah saya bersama setiap hari raya di P4 kecuali tahun ni.

GAMBAR 'A'

GAMBAR 'B'

GAMBAR 'C'

GAMBAR 'D'

GAMBAR 'E'

GAMBAR 'F'

Gambar-gambar lama ni admin tak tau nak ulas, sila layari Facebook Anak Rantau Parit 4 http://www.facebook.com/#!/group.php?gid=104465646282123
banyak berita dan gambar komen dari empunya diri.

Monday, November 15, 2010

Pekan Sabtu Chenderong Balai

Ini usaha Tuan Presiden kita lagi, kita patut bangga dan belanja dia bila-bila terjumpa.

 Wak sani, 1st generation oarng kampung parit 4, rasanya kalau tak silap tinggal dia saje wakil tunggal, yang lain dah kembali kerahmatullah .... mungkin ARP4 kena fikir untuk buat majlis tahlil untuk semua warga parit 4 yg telah kembali kerahmatullah, Presiden tolong fikirkan.
Ami aki, dulu tokeh kambing ...sekarang? Pegi pasar wat apa, kambing dah bagi makan ke?
Cikgu Samuri, Pasar Chenderong Balai dengan Pasar orang rumah enta kat Serawak tak jauh bezakan, Itu pengalaman saya masa pergi Serawak tempuh hari.
Masjid Chenderoang Balai

Sunday, November 14, 2010

Salam Pengenalan

Terima kasih kepada Cikgu Hamidon, Saidan dan rakan-rakan sekampung dalam menjayakan missi untuk mengujudkan sebuah blog untuk anak rantau parit 4.

Kalau dapat sokongan semua dari segi penghantaran maklumat, weblog ini boleh dijadikan rujukan untuk kita semua dari dulu, kini dan masa hadapan. Insa Allah

Wallahuaklam

Razif
Webmaster/bloggers :  http://anakrantauparit4.blogspot.com/
Email : anakrantauparit4@gmail.com       razifpas@gmail.com
Tel : 013-3610603    012-2578204