Friday, August 26, 2011

Meriah : Program sulung majlis berbuka puasa bersama ARP4

6 Ramadhan 1432H - Alhamdulillah pada 6 Ramadhan yang lalu, ARP4 telah berjaya menganjurkan majlis berbuka puasa bersama orang kampung.

Walau pun masa untuk menganjurkan program ini agak suntuk dan hanya dibuat secara maya, namun alhamdulillah tanpa disangka-sangka ianya telah mencapai kejayaan yang tidak disangka-sangka.

Penulis sendiri mengajak Sdr Zul yang tinggal diCeras dan telah meninggalkan Parit 4 sejak tahun 1978 pulang kekampung melalui beberapa panggilan telifon yang akhirnya beliau setuju untuk pulang bersama anak kedua nya.

Bayangkan sejak tahun tersebut beliau langsung tidak pulang dan hampir semua OP4 tidak mengenali beliau.

Beliau bercerita bahawa jawatan terakhirnya disurau ketika itu ialah menyapu sampah --- dan akhirnya untuk mengembalikan nostalgia tersebut pada hari tersebut beliau kembali menyapu sampah di surau parit 4.

Selain beliau adik beliau baderol juga balik disamping Zamri, Abg Udin, Cikgu Mail, Harun, Halim Yaakob. Tidak ketinggalan juga pengerusi ARP4 Cikgu Midun, Ustaz Alias, Zaini Suhod & isteri dan lain-lain yang disebut namanya.

Terima kasih pada teman-teman kampung Saidan, Samuri, Mad Sani, Rahim, Surik, Amid Aki, Pak Jang Mid, Pak Tan, Abg Zul, Wak Sani, Pakcil Dol dan lain-lain lagi yang memeriahkan majlis tersebut.

Buat Saidan, Samuri, Amid Aki ... anda semua merupakan key player kejayaan majlis ini.



















5 comments:

  1. Siti Khairiah HamdzanSeptember 9, 2011 at 12:45 AM

    Tahniah di atas kejayaan AJK serta Ahli anak rantau pt4 yg telah berjaya merealisasikan perhimpunan ini.Suasana&Keceriaan yang digambarkan benar2 dpt mengembalikan nostalgia lama anak2 rantau pt 4.Syabas,sekali lagi.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum....
    Dapat dilihat keceriaan lebih didominasi oleh rakan anak rantau sebaya.Rakan seangkatan, sepermainan saya nampaknya sepi belaka. Sebagai pengetahuan, terdapat beberapa jenerasi kampung ini yang menjadi perantau :
    i)Perantau pertama : Berumur 80 th ke atas dan ada yang telah meninggal.(Wak Nan & the geng)
    ii) Perantau ke 2 : Sekarang berumur sekitar 60an (En Yahya, En Ishak, En Umar (Bengah)dan beberapa lagi)
    iii) Perantau ke 3 jenerasi saya
    iv) Jadi yg ada sekarang adalah perantau masa kini, yg umurnya hampir segagan /sebaya dan hidup dalam situasi, pengalaman, kenangan, keseonokan dan gaya hidup yg sama.
    Apapun kita kembali kepada matlamat iaitu antaranya untuk mengiratkan hubungan, saling bersama & membantu yg di jaman sekarang sudah semakin memudar.
    Menyebut kepada ukuhuah dan kerjasama ia melalui tahap yg berbeda pada setiap jenerasi.
    Bagi saya keadaan itu adalah lebih baik pada jaman jenerasi pertama dan ia beransur menurun pada jenerasi kemudiannya bersama arus kemajuan yg ada.
    Paling tertarik ia bukan sahaja menyangkut pada rutin keperluan hidup bersosial. Tetapi idealnya dimanifestasikan dengan kemeriahan surau walau hanya bemandikan cahaya gasolin. Sembahyang berjemaah lebih hidup berbanding hari ini. Masuk maghrib, tibanya isyak, sayup-sayup tetapi nyaring suara Pak Cik Khamis (arwah) mengalunkan azan mengetuk pintu hati. Pada hampirnya waktu itu segeralah dibereskan kekalutan yg ada.Selesaikan urusan, lembu kambing ayam itek, mencebak ikan atau menahan taut di bendang.Lupakan sementara harga duniawi yg tak kunjung usai itu. Mereka ke surau berjemaah. Setiap tiba hari kebesaran Islam pada malam mereka panggil Ustaz untuk ceramah dan gotong royong kenduri sakan pada sebelah siangnya.

    Itu sedikit pengalaman yg ada di masa lalu. Bukan lantaran manusia / penghuni tetapi lebih kepada keadaan masa yg merubah segala-galanya.... Wallahu A`lam

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum....
    Dapat dilihat keceriaan lebih didominasi oleh rakan anak rantau sebaya.Rakan seangkatan, sepermainan saya nampaknya sepi belaka. Sebagai pengetahuan, terdapat beberapa jenerasi kampung ini yang menjadi perantau :
    i)Perantau pertama : Berumur 80 th ke atas dan ada yang telah meninggal.(Wak Nan & the geng)
    ii) Perantau ke 2 : Sekarang berumur sekitar 60an (En Yahya, En Ishak, En Umar (Bengah)dan beberapa lagi)
    iii) Perantau ke 3 jenerasi saya
    iv) Jadi yg ada sekarang adalah perantau masa kini, yg umurnya hampir segagan /sebaya dan hidup dalam situasi, pengalaman, kenangan, keseonokan dan gaya hidup yg sama.
    Apapun kita kembali kepada matlamat iaitu antaranya untuk mengiratkan hubungan, saling bersama & membantu yg di jaman sekarang sudah semakin memudar.
    Menyebut kepada ukuhuah dan kerjasama ia melalui tahap yg berbeda pada setiap jenerasi.
    Bagi saya keadaan itu adalah lebih baik pada jaman jenerasi pertama dan ia beransur menurun pada jenerasi kemudiannya bersama arus kemajuan yg ada.
    Paling tertarik ia bukan sahaja menyangkut pada rutin keperluan hidup bersosial. Tetapi idealnya dimanifestasikan dengan kemeriahan surau walau hanya bemandikan cahaya gasolin. Sembahyang berjemaah lebih hidup berbanding hari ini. Masuk maghrib, tibanya isyak, sayup-sayup tetapi nyaring suara Pak Cik Khamis (arwah) mengalunkan azan mengetuk pintu hati. Pada hampirnya waktu itu segeralah dibereskan kekalutan yg ada.Selesaikan urusan, lembu kambing ayam itek, mencebak ikan atau menahan taut di bendang.Lupakan sementara harga duniawi yg tak kunjung usai itu. Mereka ke surau berjemaah. Setiap tiba hari kebesaran Islam pada malam mereka panggil Ustaz untuk ceramah dan gotong royong kenduri sakan pada sebelah siangnya.

    Itu sedikit pengalaman yg ada di masa lalu. Bukan lantaran manusia / penghuni tetapi lebih kepada keadaan masa yg merubah segala-galanya.... Wallahu A`lam. zs.alrawang
    September 12, 2011 11:13 PM

    ReplyDelete

Komen sikit sebagai Anonymous pun jadi lah, bagi yang tak reti caranya senang ja, klik kat 'v' yg dalam kotak sebelah kanan 'Select profile' lepas tu klick kat 'Name/URL' lepas tu isi la nama anda, URL tu tak isi pun takpa,lepas tu klik kat 'Continue' ... ikut cakap apa dia hendak ... post comments.