Monday, May 28, 2012

Program Terkini ARP4

Ahad 27hb Mei 2012 - Sebagaimana yang dirancang akhirnya Majlis Tautan Kasih 2 dapat juga dianjurkan bagi mempertemukan ARP4.

Kalau majlis yang sama berlansung di Dewan Orng Ramai Parit 4 pada hari raya yang lalu, kali ini ianya berlangsung dalam suasana lebih santai di Kompleks Belia Rakan Muda Daerah Klang di Jalan Klang Perdana, Kapar Klang.

Antara yang hadir kali ini ialah Abg Zaini serta isteri tersayang kak idah serta anak dan menantu serta cucu, Halim Yaacob bersama keluarga, Khairul Anuar bersama anak, Echei single, Ijat datang awal tak jumpa sesiapa terus ... cabut awal, Zulkifli Mak Andak Repah, Yob Khalid & isteri, Zamri Sani, Azmi & Family serta Razif dan isteri.

Makanan banyak disediakn oleh Kak Idah dan yang paling sedap sekali sudah tentulah rendang kerang daun kunyit spescial, sambal goreng, kari ayam berserta ketupat.

Sekali pun majlis ini tidak dapat menghimpunkan ramai ARP4 seperti yg dirancangkan, namun kami bertekad untuk mengadakan pertemuan santai sebelum Ramadhan nanti. Anda semua boleh jengok FB ARP4 untuk mendapat info-info terkini : http://www.facebook.com/groups/104465646282123/




























Monday, January 23, 2012

Maaf lama tak update

Photo terbaik sepanjang zaman - Komen tertinggi di FB kita
Mohon ampun dan maaf, terkadang terleka ... leka dan leka yang akhirnya aku terlupa untuk update weblog ini. Ini lah kelemahan yang patut ku atasi pada masa-masa akan datang.

Walau apa pun setakat ini walau pun tidak begitu rancak FB Anak Watan Parit 4 masih ON .... ianya bergantung kepada isu yang dipaparkan.

Wajah jalan Parit 4 sudah berubah jika anda kali terakhir pulang pada Hari Raya Eidul Fitri pada tahun 2011 yang lalu.

Sekali pandang melalui gambar memang hebat seumpama highway yang tidak pernah kita jangka akan memperolehi sepanjang kita tinggak dikampung tempuh hari.

Lurus dan sayup mata memandang ... itulah keadaan jalan masuk ke Parit 4/6L.
Berita lanjut dan komen-komen menarik dari rakan-rakan kampung anda semua boleh layan kat FB kita.

Sesiapa yang ada balik kampun atau berada dikampung bolehlah up-date situasi semasa dikampung kita melalui ruang komen di blog ini untuk perkongsian bersama.

Saya fikir dengan 10 pengikut dan lebih 4000 pelayar blog ini, ianya patut di update selalu dan saya pun telah berikan password untuk update blog ini kepada presiden kita.
Sahabat yg kemalangan hujung tahun lepas - tlg update berita terkini tentangnya.
Cara mudah untuk berkomunakasi melalui ruang ini ialah antaranya kawan-kawan semua melalui ruangan komen boleh menceritakan apa-apa cerita menarik untuk perkongsian bersama.

Selamat bertemua lagi, Selamat Tahun Baru 2012 (OK lah tak lambat sangat lagi) dan selamat Menyambut Maulidur Rasul SAW).

Sedikit perkongsian : aku meninggal kan kampung pada hujung tahun 1980,
Kini ada 4 anak 2 lelaki & 2 perempuan .. yang sulung no 2 dari kiri Firdaus
25 tahun - sudah bekerja no 2 kiri sakali Farid 23 tahun - sudah bekerja, no
3 Nurnabilah (tiada dlm gambar) masa kami pergi ke Cameron Highland tu dia
tengah exam 20 tahun & yang ke 4 Nurnadhirah Aqilah - 12 tahun
Kita jumpa lagi...... razifpas@gmail.com @ 012-2578204