Monday, December 6, 2010

Anak Rantau di Perantauan

Maaf lama tak menulis, agak sibuk dengan aktivi NGO's dan yang satu tu lah.

Kali ini aku nak menceritakan pengalaman berada di Bangladesh ketika mengerjakan ibadah Qurban disana. Aku pergi FOC semua NGO yang tanggung.

Tiba di Dhaka jam 4.00 petang ,..... siapa sambut .... yang pertama aku nampak ialah Mejor (U) Zamri Sani, best jugak bila ada fb, kalau tidak mana mungkin aku bertemunya disana dan aku pun sebelum ni tak tahu dimana dia berada.



Berita-berita aktiviti kami disana sila klik kat sini

Seperti dijanjikan kira-kira jam 9 malam saya kerumah Sdr Zamri di kem Tentera Udara di Mirpur 12, Bangladesh, perjalanan tak jauh tapi biasalah jammed nya agak menggila sikit, nak tengor bandar ni klik kat sini Warna Warni Kehidupan di Mirpur, Dhaka.

Saya dan teman-teman termasuk Pengerusi Munirah Care disambut bukan nya didepan pintu tapi sebaliknya didepan pintu pagar, mana nak dapat kawan macam ni, punya lah baiknya.

Appartment tentera tempat brother ni duduk tak lah besar mana cuma setakat sebesar 2 padang futsal aje, mak oii ada 5 bilik beb. Kami disambut oleh isterinya Pn Azira serta anak beliau.


Duduk 5 minit, makanan atas meja dah siap ... baik isteri beliau dan pandai masak ... setelah berhari-hari makan kari Bangla akhirnya malam tersebut dapatlah kami makan dengan berseleranya masakan tomyam, paprik, dan ikan sweet sour, lepas tu belasah kueh dan buah lagi (saya ada gambar ketika makan tu ... nanti sy minta kawan sy email & posting kat sini). OK dapat gambar nya ... ni dia...






Jumpa orang kampung memang menyeronokkan ..... tapi kami terpaksa berpisah selepas 2 jam yang dirasakan kejap sangat sbb kesian dengan driver kereta sewa dan mat bangla yang mengiringi kami.

Terima kasih Zamri serta Pn Azira kerana melayan kami dengan baik.

 Kami sempat bergambar sebelum pulang
 Senior & Junior Anak Rantau Parit 4

6 comments:

  1. Seronok kalau jumpa kawan2 lama (walau senior-junior) di tempat orang. Tak rasa macam berseorangan...

    ReplyDelete
  2. Salam Maal Hijrah....Semoga kita semua dapat menghayati segala peristiwa disebalik Maal Hijrah. Anyway...thanks to Bro Razip dan rakan2 yg sudi berkunjung ke rumah teman disebalik kesibukan mereka dgn aktiviti2.
    Betul kata Bro Razip...dpt jumpe org kampung diperantauan memang menyeronokkan...Feel like at home.

    ReplyDelete
  3. Aku...
    Salam Ukhwah, terima kasih kerana jadi pengikut setia blog ini, Sg Manik? Ah parit berapa? .... cuba kenalkan diri, tak salahkan untuk merapatkan silaturahim.

    Zamri...
    Salam Maal hijrah kembali, Sihat ke? Kat Malaysia pantang cuti sekolah, la ni musim kenduri kahwin, habis harga barang semua naik. Bak kata Saidan dalam FB dia kat kampung kita pun sama jugak keadaannya.

    Hamidun/Saidan
    Nanti bila ada masa saya akan akan ajar anda untuk update weblog ini.

    ReplyDelete
  4. Tak tau kenapa.... sikit terharu dan bangga dgn kejayaan bro Razip & Zamri.Kembara merentas benua dgn tugas tersendiri lalu bertemu . Bukan kah disini dulu kita menggelumangi lumpur , menangguk anak sepat...main aci di ban ... menjerat reruak ... mengail belut.....tapi aku masih di sini, tetap terus disini.

    P/s Bro Razip.. thanks sebab NAK ajar update weblog ni , tapi macamana ?

    ReplyDelete
  5. Ayo bosku Semuanya,
    Yuk iseng bermain game untuk mendapatkan uang tambahan setiap harinya Hanya di arena-domino.net
    Modal Kecil Dapat Puluhan Juta ^^
    Bareng saya dan teman-temanku yang cantik-cantik loh !
    Info Situs www.arena-domino.net
    yukk di add WA : +855964967353

    ReplyDelete

Komen sikit sebagai Anonymous pun jadi lah, bagi yang tak reti caranya senang ja, klik kat 'v' yg dalam kotak sebelah kanan 'Select profile' lepas tu klick kat 'Name/URL' lepas tu isi la nama anda, URL tu tak isi pun takpa,lepas tu klik kat 'Continue' ... ikut cakap apa dia hendak ... post comments.