2 Syawal 1432H - Pukul 2.00 seperti yang dijanjikan aku tiba disurau parit 4 bersama Musad & Kanang. Sebenarnya kami di push oleh Musad untuk hadir tepat pada waktunya. Ketika itu kami sama-sama beraya bersama keluarga dirumah Hamid.
Tiba disurau hanya kami ber 3 sahaja yang ada, yang lain tak nampak bayang. Selesai menunaikan solat kami ber3 berborak.
Aku tak berborak panjang, tinggal Musad dan Kanang sahaja yang meneruskan. Aku macam biasalah bukak laptop dan upload beberapa gambar yang aku ambil semasa baraan raya pagi semalam, selain buat kerja parti.
Aku hanya keluar semula dari surau setelah di minta oleh Midun untuk berbincang di dewan yang telah disediakan oleh Rahim (bagus dia ni).
Akhirnya yang dapat hadir ialah Midun, Arif Fadhilah (dah tukar nama brother ni), Musad, Kanang, Harun, Zahar, Rahim, Wak Zaini, aku dan kira-kira pukul 4.oo ptg barulah Samuri, Halim dan Md Sani dapat datang. Jumlah kami ialah 12 orang
Aku buat toyer je terus mempengerusikan mesyuarat sebab aku dah prepare dalam laptop benda-benda yang nak diputuskan mesyuarat kali pertama ini .... aku pun dapat rasakan bahawa Midun tak bersedia kali ini. Bab-bab mempengerusikan mesyuarat bukanlah asing bagi ku, jadi aku tawarkan saja diri ini supaya aku dapat kontrol keadaan dan tak melarat-larat (direct to the point)
Semasa taaruf .... memang menggelikan hati kami semua ... manakan tidaknya .. Kanang kini dah ada 14 anak ... bayangkan tuan-tuan, dan ramai pula yang bercerita kisah 20 hingga 30 tahun dahulu.
Bro Rahim - sangat membantu dalam apa hal sekali pun di Kampong Parit 4
Wak Zaini - dah ada 2 cucu
Wak Kanang @ Katmon bin Paidi kini ada 14 anak dan beberapa orang cucu - jiran sebelah rumah ku dulu.
Harun
Zahar anak Mat Tepek - ini kira golongan muda lah.
Orang kuat OP4 : Presiden Kelab ... banyak elaun dia dapat
Dulu Wah Lah kini Arif Fadhilah - bior papur asei bergaye yob
Mat Sani - 1963
Halim Yaacob - buisnessman berjaya, nak daatkan sponsor cantact dia ni.
Musad - dulu parit 4 now at meru
Sebaya dengan ku Cikgu Muri - 1963
Uploaded to www.youtube.com
Selepas selesai Ta'aruf aku membentangkan cadangan penubuhan Kelab Orang Parit 4 yang dahulunya dikenali sebagai ARP4 dan selepas itu AWP4. Aku menjelaskan mengapa pertukaran nama ini perlu dibuat dan semua setuju sebulat suara.
Cadangan Penuh Penubuhan Kelab OP4 boleh dibaca dalam posting sebelum ini. Sila klik disini Kertas Cadangan Punubuhan OP4
Aku juga menerangkan tentang barisan AJK yang dicadangkan dan Alhamdulillah semuanya setuju. Ini barisan AJK nya
Presiden : Hamidun
Setiausaha : Saidan
Bendahari : Zamri Sani
Ketua Penyelaras : Razif
AJK : Musad, Samuri, Rahim, Harun, Halim, Wak Zaini dll.
Mesyuarat juga bersetuju agar semua AJK mendaftarkan terlebih dahulu seberapa ramai keahlian dikalangan OP4 dan borang-borang penyertaan boleh didapati dari Razif, Midun Musad, Harun dan lain-lain.
Target date 31 Sept 2011 semua AJK mesti melapurkan melalui FB atau email jumlah ahli yang telah dapat didaftarkan.
Majlis berakhir kira-kira jam 4.30ptg dengan semua ahli kelab mengadakan sidang media (sila klik Video Klip diatas)